Istikharah Petunjuk Dikala Keliru

.بسم الله الرحمن الرحيم


 Istikharah - "Petunjuk Jitu DiKala Keliru."

Allah tidak membiarkan manusia terumbang ambing tanpa panduan.. Allah turunkan iman dan Islam sebagai rujukan untuk manusia menjalani kehidupan.. Allah yang mencipta manusia, maka Allah lah yang lebih mengetahui selok belok permasalahan manusia.. Lalu Allah turunkan syariat sebagai rujukan untuk menusia bertindak.

Namun, kehidupan ini terlalu kompleks.. Mesterinya berliku2, terkadang sebijak dan setenang mana pun akal yang berfikir dan hati yang berzikir, kekeliruan dan kebuntuan menerjah jua.. Hamba yang taat pun boleh mengalami kekeliruan dan kebutuan dalam menjalani sesetengah episod kehidupan, apatah lagi hamba yang sering derhaka.. Inilah *minhah* sebagai didikkan Allah untuk menjadikan manusia lebih akrab kepadaNya.

Ditengah kebuntuan itulah datang lagi cahaya, bukti kasih sayang Allah yang berganda.. Lalu menerusi sunnah kekasihNya, datanglah perintah untuk solat sunat *istikharah*.. Pada istikharah ada kunci yang akan melapangkan dada, menenteramkan fikiran dan menstabilkan perasaan untuk membuat pilihan.. Selepas mengerjakan solat istikharah dengan penuh kerendahan hati, tertib, patuh syarat dan rukunnya serta adabnya.. In Shaa Allah akan ada petunjuk yang jitu merungkai segala yang buntu dan keliru.

Kenangkan kekasih Allah, Rasulullah saw.. Sungguh pun Baginda dikurniakan mukjizat, maksum daripada segala dosa, menerima wahyu dan mempunyai pelbagai kelebihan dan kemuliaan, namun masih sudi sujud melalui istikharah, meletakkan dahi kelantai tempat yang dipijak oleh kaki, mengapa? Kerana Baginda begitu rendah hati mengaku lemah, tidak tahu dan tidak pasti apa yang terbaik untuk diri dan umatnya.. Istikharah lambang kelemahan disisi Allah, tetapi sumber kekuatan untuk menghadapi karenah manusia dan kehidupan.

Lalu apa lagi yang menghalang seseorang hamba untuk pasrah dengan iskharah, selain daripada rasa sombong dan takburnya kepada Ilahi? Kononnya dia serba tahu, bijak, kuat dan mampu menghadapi segala kebuntuan dan kekeliruan.. Inilah satu kebodohan yang disepadukan dengan satu kesombong.. Walaupun sudah jelas betapa rosaknya kehidupan diperingkat diri, keluarga, masyarakat dan negara oleh pelbagai masalah, namun ramai yang masih tega, degil dan tidak mahu menyerah kepada kekuasaan Allah.

Umpama anak Nabi Nuh as. yang sedang kelemasan, tetapi apabila diajak menaiki bahtera ayahnya, dia masih berdegil dengan mengatakan masih ada gunung yang tinggi tempat dia berlindung! Begitulah manusia zaman moden yang sedang ditelan *banjir* materialisme dan hedonisme ini.. Apabila diajak kembali kepada Allah, mereka masih enggan.. Kononnya, masih ada *gunung* nasionalisme, sosialisme, kopitalisme dan pelbagai ideologi lain bikinan (bahasa jawa) manusia yang mampu menyelamatkan mereka.

Dengan ini saya tampilkan tazkirah ringkas dan jelas; "Pasrahlah dengan istikharah".. Walaupun solat istikharah itu hukumnya sunat, namun apa yang lebih besar ialah misi tersiratnya, yakni mengajak manusia kembali merujuk kepada Allah disaat kebuntuan dan kekeliruannya menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.. Mengaku kalah dan menyerahlah kepada Allah, kita hanya hambaNya....pasrah dan istikharah!

Wallahu a'lam..

Sama2 kita renungkan.

0 comments:

Post a Comment

Disqus Shortname

Comments system

 
Wadah Indah Blog Design by Ipietoon