Perkongsian dari Prof. Dr. Wan Maseri Wan Mohd
PENGANTUNGAN YA HAYYU YA QAYYUM
Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya kepada Allah.
Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah.
Ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikanlah dirimu bahagia dengan Allah.
Dan ketika orang lain pergi menghadap raja/pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikan dirimu benar-benar mencintai Allah.
Sesungguhnya dalam hati ada satu koyakan yang tidak dapat dijahit melainkan tatkala bertemu Allah.
Di hati juga ada satu kesunyian yang tidak dapat diubati melainkan bersendirian bersama Allah.
Di hati ada satu kesedihan yang tidak mampu dihapuskan kecuali dengan mengenali Allah.
Di hati ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kita berjalan menuju kepada Allah.
Di hati juga ada gejolak amarah yang hanya dapat dipadamkan dengan redho kepada Allah.
Semoga hidup kita dipenuhi keberkatan. Semoga Allah dekatkan kita dengan orang-orang yang mencintai Allah dan RasulNya.
Amalkan zikir:
Ya Hayyu Ya Qayyum
"Ya Allah yg Maha Hidup & Maha Bdiri dgn Sendiri. Engkau mtadbirkan dunia & seluruh isi buana ini dgn sendiri & tanpa bantuan ssiapapun.
Ya Allah kurniakan kpd kami sifat berdikari agar kami dpt mjlnkan tggungjawab sbg HambaMu & KhalifahMu dmuka bumi ini dgn bgantung hanya kpdMu & tanpa bgantung & myusahkan org lain"
Ya Baari' Ya Wakil, hanya kpdMu kami berserah
Ya Sami' Ya Mujib Aamiin Ya Robbal'Alamin"
0 comments:
Post a Comment