Al-Fatihah. Semoga Arwah Dalam Lindungan Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Al-Fatihah
 

Semoga Roh Adik Ku Azmi Bin Aziz
Dicucuri Rahmat dan Ditempatkan Dalam Kalangan Hamba-Nya Yang Beramal Soleh.
Amin, amin, amin..
12 Julai 1987 hingga 26 Oktober 2016 (5.05pm)



Bicara Hati Persiapan Mati

Bicara Hati Mempersiapkan Diri Untuk Kematian
Perkongsian dari Prof. Dr. Wan Maseri Wan Mohd

Allahumma Ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil, maafi, ampuni segala dosa2 kami dan terimalah taubat kami. Ya Quddus ya Jalil, sucikan roh kami dari kotoran walau sezarahpun. Ya Baaqi ya quddus ya Jalil, kekalkan kami dlm kesucian roh sehingga nafas terakhir.

Allahumma ya Rahman ya Rahim ya Wahab ya Karim, bantulah kami utk membanyakkan solat, sedeqah, ziarah, berjihad, membaca kalamMu dari Al QuranMu, merenung kalamMu dari alam ciptaanMu.

Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy ya Matin ya Mukmin, kuatkan iman kami ketika diuji olehMu. Ya Ahad ya Wahid ya Somad, pasakkan pasak tauhid yg kukuh dlm jiwaku agar daku tetap bergantung hanya kpMu, tidak sedikitpun kp makhluqMu yg sgt lemah.

Allahumma Ya Rahman ya Rahim ya Waduud, seblm kami dimatikan olehMu, kami ingin merasa kasih, cinta dan rindu kpMu ya Allah agar dpt kami sentiasa merasa lazat bersunyi sunyian dgnMu dlm ibadah.

Allahumma Ya Baaqi ya Mukmin, kekalkan kami dlm iman sehingga akhir hayat, jgnlah Engkau cabut iman ini. Ya Baaqi ya Nuur ya Haadi ya Haq, kekalkan cahaya hidayah dlm hati kami sehingga akhir hayat, jgnlah Engkau padam cahaya hidayah kebenaran dlm hati kami. Ya Baaqi Ya Rahman ya Rahim ya Waduud, kekalkan cintaMu kp kami dan cinta kami kpMu sehingga akhir hayat kami, jgn lah Engkau palingkan wajahMu dari kami.

Penghayatan Asmaul Husna Untuk Para Ibu

 بسم الله الرحمن الرحيم 
 Perkongsian dari Prof. Dr. Wan Maseri Wan Mohd
 



Senario Anak-Anak dan Zikir Keluarga Melalui Penghayatan Asma Ul-Husna

بسم الله الرحمن الرحيم
 Perkongsian dari Prof. Dr. Wan Maseri Wan Mohd


Senario yg harus kita fahami.

SEKIRANYA IBUBAPA:-

1. TIDAK SOLAT
anak akan menjadi degil dan keras hati sbg hukuman Allah kpd ibubapa yg tidak solat.
Utk menangani masalah ni, ibubapa mesti solat, baru Allah akan beri hidayah Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq kpd anaknya

2. SOLAT tetapi menonton tv, mengumpat dan melakukan pelbagai dosa,
ujian anak ini adalah tarikan Allah kpd ibubapa agar ibubapa menyuci diri Ya Quddus Ya Jalil dan meninggalkan pkataan & pbuatan yg berdosa

3. SOLAT tetapi hatinya penuh cinta dunia, sibuk mencari duit, tak ada masa mencari ilmu akhirat,
ujian anak ini juga proses tarikan Allah kpd ibubapa agar menyeimbangkan Ya Muqsith kehidupan dunia dan akhirat.

4. di kalangan ORG2 SOLEH,
maka ujian ini merupakan kenaikan martabat dan kemuliaan yg Allah nak kurniakan, maka mereka harus menyerahkan anak kpd Allah Ya Waaliy Ya Wakil utk diurus dan ditadbir.

Setelah difahami senario diatas, mulakan langkah2 berikut:

1. Buat zikir penyucian, dan niat utk seluruh ahli keluarga.

2. Mulakan zikir Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq 100x selepas solat & baca bicarahati

'Ya Allah, pancarkan cahaya kebenaranMu kdlm hati seluruh ahli keluarga kami agar kami dpt mlihat kebenaran dan kebatilan, bimbinglah kami Ya Allah atas jln kebenaran dan lindungilah kami dr jln kebatilan'

3. Proses pertautan hati.
Setiap nasihat haruslah dgn hati yg penuh kasihsyg.
Kebencian akan menyebabkan anak lebih jauh dan lebih keras.

Amal zikir:
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rauf Ya Jami'&

DOA BICARA HATI:
'Ya Allah, pertautkan hati2 kami sekeluarga dgn kasihsygMu'

 4. Mohon ditundukkan anak kpd Allah.
Zikir Ya Qohhar Ya Latif Ya Malik 40x setiap kali slepas solat &

DOA BICARAHATI:
'Ya Allah, tundukkan anak2 kami kpd perintah2 dan hukum hakamMu,
lembutkan hati mrk yg keras dan
balik2kan hati mrk utk mengikut nasihat kami mnuju kjln kRedhoanMu Ya Allah'

YA BAARI' YA WAKIL kpdMu kami berserah
YA SAMI' YA MUJIB AAMIIN YA ROBBAL'ALAMIN

Sha Ramson Abdullah dan Pengalamanya

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuma nak berkongsi perkongsian sis Sha Ramson Abdullah tentang pengalamannya melihat dan bermain dengan makhluk halus semasa usianya masih kecil. Wallahu'alam.

Saya nak sharing sesuatu. Hanya Allah yang Maha Tahu. Saya hanya taip semula apa yang saya ingat masa saya kecik-kecik dulu...

Masa umo saya dalam lingkungan 3-4 tahun, saya ada nampak banyak makhluk lain, bukan manusia. Ada makhluk besar, yang kecik, yang kurus, ada yang gemuk, yang buncit, yang tinggi, pendek, ada yang warna hijau, ada yang warna merah, warna biru, hitam, coklat, semuanya BERTANDUK, BEREKOR, MATA MERAH, ada urat hijau berselirat dalam biji mata mereka. Semuanya berkeliaran dalam rumah masa kami sekeluarga duduk di Kuarters Kesihatan Jasin, Melaka.

Masa tu saya kecik lagi, so saya tak tahu apa nama makluk tu. Ada jantan, ada betina. Saya beritahu arwah Mak saya. Mak pula yang takut. Tapi Mak percaya apa yang saya cakap. Iyelah, masa tu saya umo baru 3-4 tahun. Budak lagi. Takde dosa hehe!

Saya ingat lagi sampai sekarang rupa makhluk makhluk tu. Mungkin mereka itu golongan jin. Banyak sangat. Ada anak jin jantan yg bermain-main dengan saya di tepi hujung katil. Saya pun seronok main dengan dia, sebab masa itu saya budak-budak lagi, saya tak tahulah itu jin dan memang sifat budak-budak suka bermain. Dia ajak main, saya pun mainlah. Kalau ditanya bagaimana saya berkomunikasi dengan jin, cakap bahasa apa... saya pun tak tahu. Sebab saya kecik lagi masa tu. Yang pasti saya faham pula bahasa dia. Masa main-main itulah Arwah Mak saya perasan yang saya macam sedang bercakap dengan seseorang, siap bergelak ketawa lagi. Mak saya risau.

Arwah Mak datang dekat saya. Mak tanya saya nampak apa? Cakap dengan siapa? Gelak-gelak dengan siapa? Saya tunjuklah sambil cakap : "Tuuu... Tuuuu.... Mak tak nampak ke?" kata saya sambil menunjuk semua makhluk-makhluk disekeliling saya.

Arwah Mak saya pun pandanglah apa yang saya tunjuk. Makhluk-makhluk tu semua buat bodoh je. Buat tak tahu. Ada yang tengah berjalan, ada yang nak masuk pintu rumah kami tapi tak muat sebab dia tinggi (nak tunduk pun dia tak reti. Hat ni saya ketawa sambil tunjuk kat Mak sebab kelakar sangat tengok makhluk tu tak reti nak tundukkan kepala nak masuk rumah kami), ada yang tengah bersembang-sembang sesama diorang, ada yang tengah korek hidung, ada yang tengah korek telinga, ada yang tengah bergayut kat kipas, ada yang tengah melekat dekat siling rumah, ada yang tengah makan, melompat-lompat atas meja makan, ada yang tengah minum, ada yang berlari-lari. Kelakuan makhluk-makhluk itulah yang buat saya ketawa kuat masa tu. Tapi rupanya saya seorang je yang ketawa. Famili saya semua dah takut haha!

Masa tu, kat rumah kami ada Ayat Kursi yang diukir dijadikan frame besar, gantung dekat dinding rumah. Makhluk-makhluk tu tak takut pun dengan ayat-ayat Quran. Lagi diorang duduk bertenggek atas frame Ayat Kursi tu ada lah. Allah sendiri perlihatkan pada saya, ada makhluk kurus dan berperut buncit kepala botak warna hijau duduk bertenggek atas frame Ayat Kursi tu. Kelakar wei rupa dia. Tak hensem pun. Kalau Allah perlihatkan dekat korang rupa diorang ni, mesti ramai yang terkejut, sebab diorang nampak hodoh, menyeramkan, rasa nak pengsan semua ada. Diorang ni macam tak tahu apa-apa. Takde perasaan.

Abah dan arwah Mak lah yang bersusah-payah cari penawar untuk saya supaya saya tak nampak benda-benda macam tu lagi haha! Sifat orang tua ni memang macam tu. Diorang punya risau tahap dewa hehe! Diorang bawa saya pergi berubat sampai ke Johor. Tak ingat Johor tu dekat mana sebab masa tu saya kecik lagi. Sifat budak-budak ni dia tak tahu nama tempat, tapi dia mudah ingat peristiwa. So sejak itu, saya dah tak nampak apa-apa makhluk dengan izin Allah.

Allah Maha Tahu.
Allah tahu kot kalau saya nampak lagi makhluk-makhluk tu, saya pengsan agaknya :D

Anyway... Apa yang saya nak sharing disini bukan cerita bagaimana rupa makhluk Allah ini semata-mata cuma ketahuilah bahawa :

1) bukan kita saja yang duduk dalam dunia ini tapi ada makhluk lain. Mereka di alam lain tapi nampak macam duduk dalam dunia kita. Sebab tu diorang suka hati je nak bergayut atas kipas ke, bertenggek atas Ayat Quran ke, pijak-pijak makanan atas meja makanan kita ke... sebab bagi diorang dunia kita ini adalah permainan bagi diorang. Allah pun cakap dalam Quran "Innamal hayatud dunya la'ibuw" kehidupan dunia hanyalah ibarat permainan...

2. Kita tak nampak mereka tapi mereka nampak kita. Sebab itulah kita wajib baca doa sebelum makan dan minum. Kalau tak baca doa makan, diorang pun makan sekali dengan kita. Sebelum kita baca doa makan lagi diorang dah duduk bertenggek pada pinggan, mangkuk, sudu, garfu, cawan minuman yang kita nak suakan ke mulut kita. Bayangkan sekecil-kecil sudu garfu itu pun diorang boleh duduk bertenggek nak tumpang makan dengan kita, apatah lagi pada pinggan nasi korang? Bukan seekor dua pula tu yang menunggu nak makan sekali dengan kita tapi berpuluh-puluh ekor! So, wajib baca doa sebelum dan selepas makan.

3. Islam suruh kita tutup makanan yang terdedah dan makanan yang terbiar sebab makhluk lain boleh makan makanan kita yang terdedah dan terbiar tu. Cara mereka makan makanan yang terbiar dan terdedah adalah dengan menghidu makanan tersebut. Sebab itulah makanan yang terdedah itu cepat rosak dan basi. Makhluk ini tak tahu apa itu  meja tempat letak makanan. Mereka hanya tahu makanan sahaja. Sebab itulah mereka pijak-pijak & melompat-lompat atas meja makan. Paling sadis, makhluk ini main langkah-langkah dan mencangkung pada makanan yang terdedah & terbiar itu. Paling hardcore... tak mustahil makhluk-makhluk ni boleh berak, kencing pada makanan yang terdedah dan terbiar tu.

4. Kita tak nampak makhluk lain, jangan ingat mereka takde disekeliling kita. Sebab itulah Islam suruh kita mandi jangan tanpa seurat benang sekalipun. Paling kurang pun, mandilah pakai seluar dalam. Awak tahu kenapa saya cakap macam ni? Sebab bila kita mandi tak pakai apa-apa, dia pun main air dengan kita sambil ketawa-ketawa tengok badan kita. Scary wei kalau tiba-tiba kita dah besar ni nampak ada makhluk lain muncul depan kita main air dalam toilet dengan kita... Dah lah bilik air tu rumah syaitan. Haaa ini pengalaman saya masa kecik-kecik dulu dok main dengan anak jin sampai time mandi kahkah!

5. Makhluk-makhluk ni sentiasa ada disekeliling kita cuma kita yang tak nampak. So kalau tidur tu, kalau boleh jangan tidur bogel. Tak kisahlah awak tu lelaki ke perempuan sebab diorang ni makhluk yang bernafsu jugak macam manusia. Malam-malam kita tidur bogel, tak mustahil makhluk-makhluk ini yang akan belai-belai setiap inci badan kita, cuma kita je yang tak sedar, tak rasa, tapi diorang puas. So sebelum tidur, jangan lupa ambil wudhuk, baca doa sebelum tidur, amalkan surah-surah lazim. Insya'Allah Allah jaga kita.

6. Jangan mensyirikkan Allah. Jangan percayai ayat-ayat suci yang dijadikan frame sebagai alat untuk menghalau jin atau kuasa jahat. Frame ayat suci itu hanya makhluk. Makhluk tiada kuasa melainkan Allah yang Maha Berkuasa. Kita wajib percaya pada Allah, wajib beriman pada Allah. Ayat Al-Quran itu hanya asbab, bukan untuk disyirikkan dengan percaya ia dapat menghalang kuasa jahat.

7. Ibubapa tolong perhatikan anak-anak anda. Jangan kerap membiarkan anak-anak bermain seorang diri. Makhluk-makhluk macam ni mudah dibuat teman. Anak-anak mudah berdamping dengan golongan mereka. Walaupun anak tunggal, wajib berikan perhatian sepenuhnya. Makhluk-makhluk begini suka pada kanak-kanak dan mudah memperdayakan mereka. Paling membimbangkan, makhluk-makhluk ini kalau dah suka anak-anak kita, tak mustahil dia bawa lari, sorokkan ke dunia dia.

8. Sebab kita tak nampak makhluk-makhluk ini, maka suami isteri kena berjaga-jaga. Baca doa sebelum dan selepas bersama suami isteri. Ini penting. Tak ramai pasangan Islam yang ambil berat. So perbanyakkan ilmu agama, belajar tambah ilmu. Islam ini agama yang sangat menjaga kita.

Alhamdulillah. Terima kaseh, Allah. Kalau Allah tak bagi saya peluang nampak benda-benda macam ni masa kecik-kecik dulu, tak ada lah penyampaian ini. Sesungguhnya Allah jadikan sesuatu kejadian itu bukanlah dengan sia-sia, tapi untuk kita belajar, tahu, kenal dan diambil pengajaran.

Sila SHARE supaya lebih ramai yang peka dan mendapat manfaat.

Bisikan Hati - Pergantungan Ya Hayyu Ya Qayyum

 Perkongsian dari Prof. Dr. Wan Maseri Wan Mohd

PENGANTUNGAN YA HAYYU YA QAYYUM

Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya kepada Allah.

Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah.

Ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikanlah dirimu bahagia dengan Allah.

Dan ketika orang lain pergi menghadap raja/pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikan dirimu benar-benar mencintai Allah.

Sesungguhnya dalam hati ada satu koyakan yang tidak dapat dijahit melainkan tatkala bertemu Allah.

Di hati juga ada satu kesunyian yang tidak dapat diubati melainkan bersendirian bersama Allah.

Di hati ada satu kesedihan yang tidak mampu dihapuskan kecuali dengan mengenali Allah.

Di hati ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kita berjalan menuju kepada Allah.

Di hati juga ada gejolak amarah yang hanya dapat dipadamkan dengan redho kepada Allah.

Semoga hidup kita dipenuhi keberkatan. Semoga Allah dekatkan kita dengan orang-orang yang mencintai Allah dan RasulNya.

Amalkan zikir:
Ya Hayyu Ya Qayyum
"Ya Allah yg Maha Hidup & Maha Bdiri dgn Sendiri. Engkau mtadbirkan dunia & seluruh isi buana ini dgn sendiri & tanpa bantuan ssiapapun.

Ya Allah kurniakan kpd kami sifat berdikari agar kami dpt mjlnkan tggungjawab sbg HambaMu & KhalifahMu dmuka bumi ini dgn bgantung hanya kpdMu  & tanpa bgantung & myusahkan org lain"

Ya Baari' Ya Wakil, hanya kpdMu kami berserah
Ya Sami' Ya Mujib Aamiin Ya Robbal'Alamin"

Carilah Allah

CARILAH ALLAH



Sebuah hadis Qudsi menyatakan bahawa Allah berfirman;

" Wahai hambaKu...carilah Aku, nescaya engkau akan menjumpaiku, kerana seandainya engkau menjumpai-Ku maka engkau telah menjumpai segala-galanya, dan sekiranya engkau kehilangan-Ku, maka engkau kehilangan segala-galanya. Aku mencintaimu melebihi segala-galanya".

(Riwayat Ibnu Rajab dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya)

Tugas kita didunia adalah untuk mencari Allah sehingga menyaksikan-Nya. Inilah yang terkandung didalam makna syahadah(penyaksian) yang kita ulangi setiap hari. Inilah juga rukun agama yang ketiga iaitu al-Ihsan yakni mengabdikan diri kepada Allah seolah-olah menyaksikannya.

Seseorang yang menyaksikan Allah di alam ini dengan hatinya bermakna dia telah berjumpa dengan Allah. Menjumpai-Nya bermakna menjumpai segala-galanya kerana Allah adalah segala-galanya dan terluput dari-Nya bermakna terluput dari segala-galanya kerana Dialah segala-galanya.

Menjumpai Allah bermakna dia telah berjumpa dengan cinta yang hakiki kerana Dia-lah hakikat kecintaan yang sebenarnya. Bercintalah dengan-Nya kerana Dia takkan menghampakan dan mengecewakan sesiapa dalam percintaan-Nya.

Didalam perjalanan hati ini, berdampinglah dan carilah pembimbing yang boleh memimpin kita untuk mencari Allah. Kejujuran hati yang benar dalam mencari Allah akan ketemukan kita kepada mursyid yang boleh menunjuk kita kepada-Nya.

Info Tentang Tayar

Minggu lepas semasa balik dari Penang, stering mula bergegar. Suspek utama memang tayarlah puncanya. So, p lah kedai tayar area Taiping, minta dorg cek. Ya,  memang betul tayar dah bengkak.

Esok nak ke Melaka pulak. Nak x nak kena tukar jugak tayar ni. So tanyalah pomen tu harga tayar. Yg second tayar korek pun RM80. Yg baharu ada yg RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175.

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.

"Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni". Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15'.

Moral of story?
Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Dorg akan keluarkan tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu.

Semoga dapat manfaat bersama.            
Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Info Pasal tayar kenderaan;

1. Kod Tayar Kenderaan:
    Contoh 205/65/R1594H

    205 = Lebar
      65 = Tinggi
        R = Radial
      15 = Saiz / Rim
      94 = Had Maksimum
               Bebanan
       H = Had Maksimum
              Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju
      180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
      190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
       200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
       240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
       240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
        270 km/jam
Y  = Maksimum Had Laju
        300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka
    Tercatat Di Sisi Tayar.

    Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA

SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.

Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

Taballakum Ya Yahudi

DO'A UNTUK YAHUDI

Ya Allah...
Besarkanlah kobaran apinya hingga ke awan...
Ya Allah...
perluaskanlah wilayah yang terbakar hingga seluruh negeri Yahudi...
Ya Allah...
Persulitkanlah mereka dalam memadamkan apinya...
Ya Allah...
biarkanlah api itu menyala hingga membumi hanguskan peralatan militer yang mereka sombongkan...
Ya Allah...
Biarkanlah api ini membakar pemimpin-pemimpinnya, dan kaum-kaumnya yang berencana membunuh dan yang telah membunuh kaum muslimin...
Ya Allah...
Jatuhkanlah pesawat-pesawat yang berusaha memadamkan kobaran apinya...
Ya Allah...
Kabulkanlah do'a kami, dan do'a-do'a rakyat Palestina, Iraq, Suriah dan Seluruh penjuru dunia yang terdzalimi... Khususnya umat Islam
AAMIIN YA ALLAH...

"Baca Dan Angap Sebagai Doa Kita Semua"

Hujan

بسم الله الرحمن الرحيم

Hujan

Sekali Jemaah ingin melakukan Usaha Dakwah..tiba-tiba Hujan Turun..maka mereka pun masuk semula ke dalam Masjid dan memberitahu Hazrat Maulana Ilyas rah. bahawa Hujan turun...Maulana Ilyas bertanya "Adakah kamu pernah dengar kilang2 tutup dan kerja2 di hentikan di sebabkan Hujan yg turun,? Adakah kamu pernah dgr Pasaraya2 tutup dan kerja2 di hentikan di sebabkan Hujan yg turun,?.."mereka menjawab, Tidak Maulana..Kilang dan Pasaraya akan terus di buka dan kerja akan terus berjalan walaupun hujan turun...Maulana Ilyas rah. pun berkata "Kilang dan Pasaraya pun tidak tutup di sebabkan Hujan turun ..Jadi adakah Patut kerja Dakwah di henti kan hanya kerana Hujan Yg Turun??"....maka Jemaah pun bergerak....Allahuakhbar...

Hari ni kita melihat kerana Hujan yg turun je kita dah tak pergi masjid dgn alasan Hujan...sedangkan ALLAH turunkan hujan air tu bukan hujan api...Allahuakhbar..alasan demi alasan kita akan berikan kerana belum ada cinta dalam hati pada ALLAH...kalau dah cinta , apa pun sanggup kita buat..

org yg bercinta tinggal berjauhan..tetapi di sebabkan cinta,perlis pergi johor pun Terasa Dekat..lenguh2 badan pun hilang..muntah dalam perjalanan pun xpe..tapi kerana belum ada cinta yg benar pada ALLAH,Masjid surau yg dekat dgn rumah pun terasa Jauh.. tak mampu sampai walaupun 5x sehari ALLAH panggil...kerana belum ada cinta, dgn duit yg kita ada, bandung,krabi,Europe,london,south africa,Usa kita telah sampai, tapi Mekah Madinah belum sampai2...usahakan untuk wujudkan cinta dgn menyebut dan Mendakwah kebesaran ALLAH kepda manusia.. bila hati sudah cinta, lautan api pun sanggup di redah untuk Agama...semoga mnjadi asbab Hidayat..amin...

Sejarah Kewujudan Angin Ahmar

Sejarah kewujudan "Angin Ahmar"

Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman duduk di singgahsananya,
Maka datang satu lembaga yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah
Sulaiman "siapakah engkau".

Maka dijawab olih lembaga tersebut bahawa akulah Rihul Ahmar....dan
Aku bila memasuki rongga anak adam, maka lumpuh, keluar darah dari
Rongga, dan apabila aku memasuki otak anak adam, maka menjadi
gilalah anak adam,

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar lembaga
tersebut, maka berkata Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahawa
"Aku kekal sehingga hari kiamat, tiada sesiapa yg dapat membinasakan
Aku melainkan Allah. Lalu Rihul Ahmar pun ghaiblah.

Diriwayatkan cucunda Nabi Muhammad S.A.W. terkena Rihul Ahmar
Sehingga keluar darah dari rongga hidungnya. Maka datang jibril kepada
Nabi S.A.W.  bertanya Nabi kepada jibril. Maka ghaib sebentar jibril lalu
Kembali mengajari akan doa Rihul Ahmar kepada Nabi S.A.W. kemudian
Dibaca doa tersebut kepada cucundanya dan dengan sekejap jua
Sembuh serta merta. Lalu bersabda Nabi S.A.W. bahawa barang siapa
Membaca doa strok. Doa Rihul Ahmar walau sekali dalam seumur
Hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau
STROK.
*Doa merawat angin ahmar dan penyakit kronik*
Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar.
*Erti:*
_Ya Allah tuhanku lindungi aku dari angin merah & lindungi aku dari darah hitam (strok) & dan dari penyakit berat_

Sila kongsikan..

Nuh Caparino

Seorang ulama dihormati di Filipina, Nuh Caparino, maut terkena tembakan pada lehernya ketika mengimamkan sembahyang subuh kelmarin.
Namun bukan itu berita yang paling menggemparkan. Sebaliknya cerita selepas Nuh menghembus nafas terakhir lebih diperkatakan.
Beberapa gambar tersebar di media sosial dan blog menunjukkan wajah Nuh seakan-akan tersenyum dalam balutan kain kafan.
Seorang pengguna Facebook, Abdur-Raheem Mc-Carthy, yang memuat naik gambar Nuh memberitahu, mangsa serangan maut itu asalnya bukan penganut Islam.
Dia kemudian mengucap kalimah syahadah di Arab Saudi dan sejak itu aktif menjadi pendakwah.
Portal Kesatuan Ulama Islam Sedunia - Asia pula melaporkan Nuh mengimamkan sembahyang di masjidnya di Filipina.
Seorang anak didiknya memberitahu Nuh adalah antara pendakwah terbaik di negara itu dan gigih menyebarkan Islam kepada orang ramai.
"Beliau tidak pernah letih atau jemu dalam menyebarkan dakwah di negaranya," kata anak didik Nuh.
Setakat ini tidak diketahui siapa dalang atau motif serangan berdarah itu.

Bacalah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyanyang..

Kepada sesiapa antara kita pernah terbayang yg matahari akan terbit dari sebelah barat mcm yg Nabi Muhammad ckp 1400 tahun yg lalu..

Tp skrg scientists dh tahu mcm mana ia berlaku. Scientists dh lama buat kajian terhadap MARS yg mana arah pusingan dia sama mcm Bumi. Tp skrg ni Mars dh berpusing mengikut arah yg berlawanan n matahari terbit d sebelah barat Mars. Ini di namakan sbgai Retrograde Motion dan ianya berlaku di seluruh planet. N Bumi adalah yg seterusnya.!!

Allah berfirman yg apabila matahari terbit dari sebelah barat, pintu KEAMPUNAN akan di tutup. X de lg doa taubat yg akan diterima.. Dh x lama lg dh ianya akan berlaku..!!

Jangan bazirkan masa untuk movies, muzik, party dll..luangkan lah lebih bnyk masa dgn membaca n belajar AL-QURAN dan HADIS..SOLAT lima waktu..dan ajarlah ank2 kita tentang Islam..ianya akan menguntungkan kita di dalam KUBUR nnti..

ISLAM ialah agama yg indah dan ALLAH dh permudahkannya untk kita melalui kesayangan kita, NABI MUHAMMAD s.a.w.(salam sejahtera buat baginda)...

Jangan hanya forward kn sahaja pesanan ini..tp fikir sejenak kpd diri kita.. Adakah kita dh buat apa2 dlm kehidupan kita untk KEHIDUPAN SELEPAS MATI...?? Adakah kita dah bersedia untk brjumpa dgn ALLAH pada hari PEMBALASAN???
Ingat.. Kita bersendirian pada hari tersebut..

.. Pernah kita terfikir apa yg akan terjadi kalau kita anggap/layan al-Quran sebagaimana kita layan hp kita...?

Bagaimana pula kalau kita sentiasa bawanya ke mana sahaja kita pergi;

Di dlm beg kita & juga di dlm poket kita?

Bagaimana pula kalau kita tgk dekat muka surat al-Quran .. beberapa kali dlm masa sehari ..?

Bagaimana jika kita berpatah balik .. ambil al-Quran tersebut jika kita terlupa nk ambil nye?

Bagaimana jika kita anggap/layan Quran tu mcm kita x boleh hidup tanpanya?
- Mmg btul, kita x boleh hidup tanpanya..!

Bagaimana jika kita hadiahkan al-Quran kpd ank2 atau kwn2 kita sebagai hadiah?

Bagaimana jika kita membacanya sambil berjalan/bercuti ✈?

Bagaimana jika kita jadikannya sebagai satu kepentingan setiap hari?

Jadikan logo kita :
"Al-Quran ialah sahabat karibku"

Hanya 7% yg akan forward pesanan ini.

Jadilah golongan 7% ini & hantarkannya kpd seramai yg boleh.

Jangan jd lg sebahagian 93% yg x share pesanan ni.

Fikir....walau sekali.. Pada hari PEMBALASAN.. Kita akn sedar setiap hari kita baca msg dri kwn.

Kita share/forward lawak jenaka & gossips.

Tapi brp kali kita buka al-Quran dan baca pesanan yg disampaikan oleh Allah Subhanahu WaTa'ala.

Secara scientifik terbukti :

Mendengar al-Quran dpt mengurangkan kelaziman sel kanser di dalam badan manusia2 dan  malah memusnahkannya.

Bersujud lama boleh kuatkan memori dan mengelakkan stroke.

Syaitan berkata :
"Aku tertanya bagaimana  manusia2 mengaku bahawa mereka cinta kpd Allah dan mengingkarinya dan mereka juga mengaku bahawa mereka benci kpd aku tetapi mereka patuh kepada aku!"

Hanya akan mengambil 60 saat untuk manfaatkannya kpd org kesayangan anda, sampaikanlah sebagai peringatan dan pesanan.

Besarnya Erti Kalimah Allah Itu

" Di setiap pintu masuk syurga di atas nya tertulis لا اله إلا الله محمد رسول الله,  dan jikalau engkau tidak mengangungkan nama محمد رسول الله dan hatimu tidak tenang dgn nama tersebut bagaimana engkau mahu masuk ke dalam syurga? "
-Habib Umar bin Hafidz–

❤اللَّهم صَــــــلٌ علَےَ سيدنا وحبيبــــنــآ ورسولــــنـآ ونبينــــآ وشفيعنــــــآ مُحمَّــــــــدْ صلے الله علـــيه وســـلمّے❤

Kita Kena Tahu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang..

Kita kena tahu 
Manusia bukan selamanya peduli akan kita.

Ada baiknya
Kita menangis pada Allah.
Kita mencari perhatian Dia.
Kita meluah pada Dia.
Kita ingat dosa2 kita.

Allah akan sentiasa pedulikan kita. Selamanya.

Manusia itu sikapnya sementara.
Yang baik didepan kita, yang belakang berkata-kata.
Manusia bukan semuanya sukakan kita.

#copyandpastefromjakim

Istikharah Petunjuk Dikala Keliru

.بسم الله الرحمن الرحيم


 Istikharah - "Petunjuk Jitu DiKala Keliru."

Allah tidak membiarkan manusia terumbang ambing tanpa panduan.. Allah turunkan iman dan Islam sebagai rujukan untuk manusia menjalani kehidupan.. Allah yang mencipta manusia, maka Allah lah yang lebih mengetahui selok belok permasalahan manusia.. Lalu Allah turunkan syariat sebagai rujukan untuk menusia bertindak.

Namun, kehidupan ini terlalu kompleks.. Mesterinya berliku2, terkadang sebijak dan setenang mana pun akal yang berfikir dan hati yang berzikir, kekeliruan dan kebuntuan menerjah jua.. Hamba yang taat pun boleh mengalami kekeliruan dan kebutuan dalam menjalani sesetengah episod kehidupan, apatah lagi hamba yang sering derhaka.. Inilah *minhah* sebagai didikkan Allah untuk menjadikan manusia lebih akrab kepadaNya.

Ditengah kebuntuan itulah datang lagi cahaya, bukti kasih sayang Allah yang berganda.. Lalu menerusi sunnah kekasihNya, datanglah perintah untuk solat sunat *istikharah*.. Pada istikharah ada kunci yang akan melapangkan dada, menenteramkan fikiran dan menstabilkan perasaan untuk membuat pilihan.. Selepas mengerjakan solat istikharah dengan penuh kerendahan hati, tertib, patuh syarat dan rukunnya serta adabnya.. In Shaa Allah akan ada petunjuk yang jitu merungkai segala yang buntu dan keliru.

Kenangkan kekasih Allah, Rasulullah saw.. Sungguh pun Baginda dikurniakan mukjizat, maksum daripada segala dosa, menerima wahyu dan mempunyai pelbagai kelebihan dan kemuliaan, namun masih sudi sujud melalui istikharah, meletakkan dahi kelantai tempat yang dipijak oleh kaki, mengapa? Kerana Baginda begitu rendah hati mengaku lemah, tidak tahu dan tidak pasti apa yang terbaik untuk diri dan umatnya.. Istikharah lambang kelemahan disisi Allah, tetapi sumber kekuatan untuk menghadapi karenah manusia dan kehidupan.

Lalu apa lagi yang menghalang seseorang hamba untuk pasrah dengan iskharah, selain daripada rasa sombong dan takburnya kepada Ilahi? Kononnya dia serba tahu, bijak, kuat dan mampu menghadapi segala kebuntuan dan kekeliruan.. Inilah satu kebodohan yang disepadukan dengan satu kesombong.. Walaupun sudah jelas betapa rosaknya kehidupan diperingkat diri, keluarga, masyarakat dan negara oleh pelbagai masalah, namun ramai yang masih tega, degil dan tidak mahu menyerah kepada kekuasaan Allah.

Umpama anak Nabi Nuh as. yang sedang kelemasan, tetapi apabila diajak menaiki bahtera ayahnya, dia masih berdegil dengan mengatakan masih ada gunung yang tinggi tempat dia berlindung! Begitulah manusia zaman moden yang sedang ditelan *banjir* materialisme dan hedonisme ini.. Apabila diajak kembali kepada Allah, mereka masih enggan.. Kononnya, masih ada *gunung* nasionalisme, sosialisme, kopitalisme dan pelbagai ideologi lain bikinan (bahasa jawa) manusia yang mampu menyelamatkan mereka.

Dengan ini saya tampilkan tazkirah ringkas dan jelas; "Pasrahlah dengan istikharah".. Walaupun solat istikharah itu hukumnya sunat, namun apa yang lebih besar ialah misi tersiratnya, yakni mengajak manusia kembali merujuk kepada Allah disaat kebuntuan dan kekeliruannya menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.. Mengaku kalah dan menyerahlah kepada Allah, kita hanya hambaNya....pasrah dan istikharah!

Wallahu a'lam..

Sama2 kita renungkan.

Perkongsian 1 Hari 1 Hadis

*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*

*Doa Tetapkan Hati*

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ اللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ تَخَافُ عَلَيْنَا وَقَدْ آمَنَّا بِكَ وَصَدَّقْنَاكَ بِمَا جِئْتَ بِهِ فَقَالَ إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ إِصْبَعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ يُقَلِّبُهَا وَأَشَارَ الْأَعْمَشُ بِإِصْبَعَيْهِ

Dari Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah SAW memperbanyak mengucapkan: "Ya Allah, teguhkan hatiku diatas din-Mu",  maka seorang sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, mengapa kamu mengkhawatirkan kami, sedang kami telah beriman kepadamu dan membenarkanmu terhadap apa yang kamu bawa." Baginda bersabda: "Sesungguhnya hati-hati itu berada diantara dua jari dari jari-jari Ar Rahman 'azza wajalla, Dia membolak-balikkannya." Dan Al A'masy mengisyaratkan dengan dua jarinya. (HR Ibnu Majah No: 3824)  Status: Sahih

*Pengajaran:*

1.  Setiap kita memiliki hati yang bila-bila masa boleh berubah (berbolak balik).

2.  Rasulullah mengajar doa agar kita memiliki hati yang tetap dan istiqamah

اللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ 

"Ya Allah, teguhkan hatiku diatas agama-Mu"

3. Dikhususkan doa untuk tetap hati kerana jika hati itu baik, maka seluruh anggota badan yang lain akan ikut menjadi baik.

JOM banyakkan doa agar memiliki hati yang tetap dan istiqamah.

5hb Dis.  2016
5 Rabiul Awal 1438H

Agenda Yahudi

Assalamaualaikum..

Pihak yahudi dengan sengaja telah membina beberapa website untuk menyebarkan maklumat yang salah mengenai Al-Quran dan Hadis , dengan itu sila berhati-hati terhadap websites berikut & sampaikan kepada sahabat lain.
1) www.answering-islam.org 
2) www.aboutislam.com
3) www.thequran.com 
4) www.Allahassurance.com
Sampaikan kepada muslim yang lain kerana jika tidak mungkin ramai orang islam akan mendapat maklumat yang salah mengenai agama Islam .
Telah disahkan oleh seorang ustaz di UM check. Katanya benar. Paling bahaya adalah AnsweringIslam .
Minta Perhatian !
Jika dengar lagu "It Will Rain" by Bruno Mars , JANGAN ikut nyanyi sekali . Ada sebaris lirik yang membawa kita ke arah MURTAD !
Eloknya tak payah dengar langsung lagu tu .
Ini lirik nya :-
There's no religion that could save me
(tiada agama yang boleh selamatkan aku)
No matter how long my knees are on the floor
(tak kira berapa lama aku berlutut di lantai)
TIADA AGAMA ?
Hati-hati ! Allah MURKA , sebab kita terlena oleh lagu-lagu barat yang enak didengar . Tapi tak faham erti nya . Tolong sebarkan jika anda sayangkn Islam .
Ada 2 pilihan untuk anda .
1. Biarkan di dalam moment anda tanpa bermanfaat untuk org lain .
2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda . Rasulullah bersabda "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) Ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan , maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia)dia akan tetap memperoleh pahala 
*Buat semua yang punya FB . Tolong block fb yang bernama "Rudy Yohanes Hutagalung" dan "Jasmine Always-Happy III (Dajjal)". Wanita Iblis yang terkutuk telah menghina NABI S.A.W  dan mengatakan Nabi Muhammad adalah Nabi anjing !
Bagi yangbtelah membaca mohon disampaikan kepada saudara-saudara kita. Kalau yang tidak menyebarkan , sama saja membiarkan orang kafir menghina Nabi kita dan Agama ! 
DILARANG ! Menyanyi lagu 2NE1 dan EXO 'MAMA' kerana ada ayat dan latar yang tidak elok bagi seorang Muslim . CL (2NE1) membuat lagu 'CRUSH' solo CL memasukkan suara orang Arab mengaji dalam Al-Quran . EXO ada maksud yang tidak sepatutnya Muslim sebut , iaitu rap Kai yang mengatakan "Masukkan . Kami kafir,"itu maksud Rap Kai .

Jom Kongsikan..

Bayan Syurga


بسم الله الرحمن الرحيم 

BAYAN SYURGA

1. Sebanyak 17,999 makhluk, Allah perintah untuk tunduk kepada manusia.

2. Kenikmatan2 syurga tak pernah didengar oleh mana2 telinga. Setiap tepian sungai Allah letakkan mutiara.

3. Tiada syurga selain untuk manusia dan jin. Malaikat pun tiada syurga.4. Allah uji manusia dalam masa 2 jam setengah daripada tempoh sehari di akhirat untuk tentukan ahli syurga atau neraka.

5. "Aku tak akan kumpulkan dalam diri seorang hamba dua kali aman dan dua kali takut." (Hadis Qudsi)

~ Orang yang bertakwa di dunia, di akhirat dia selamat dan tenang.
~ Orang yang leka di dunia, di akhirat dia ketakutan.

6. Keindahan dunia hanyalah sampel. Yang original ada di syurga. Tengok kecantikan dunia, ingat syurga yang lebih cantik. Syurga warna putih, pasirnya daripada mutiara. Syurga paling kecil, 2 ribu tahun explore takleh ukur keluasan syurga.

7. Dataran syurga, bunga serta rumput daripada zafaran. Buah sebesar seekor unta. Lazatnya ada 70 rasa setiap kali gigit.

8. Setiap ahli syurga kahwin 72 orang bidadari. Ada majlis walimah dengan pelamin yang besar. Cantiknya, bajunya transparent daripada 70 lapis sutera. Jika seorang menjenguk ke dunia, nescaya semua laki pengsan. Air liur setitis tumpah ke lautan, laut jadi manis.

9. Perbandingan dunia dan akhirat umpama setitik air dibandingkan dengan lautan. Dunia umpama penjara orang beriman tapi syurga bagi orang kafir. Jadi, takyah dok ligan dan jeles sangat dengan orang kafir.

10. Tanah tempat pijak kaki di syurga lebih mahal daripada dunia dan isi-isinya.

11. Kenderaan ialah kuda yang diperbuat daripada permata delima, sayap daripada emas di syurga.

12. Setiap pulau ada khemah daripada mutiara, tak perlu sewa hotel. Setiap khemah ada bidadari menunggu bersilang kaki untuk layan suaminya.

13. "Wahai umatku, jadilah anak akhirat. Jangan jadi anak dunia." (Hadis)

14. Semua ahli syurga tak pernah menyesal kecuali masa yang berlalu tanpa zikir kepada Allah.

15. Sifat ahli syurga: Kacak macam Nabi Yusuf, saiz Nabi Adam, umur Nabi Isa, suara Nabi Daud.

16. Ahli syurga beratur dalam 120 saf, 80 untuk umat Nabi Muhammad.

17. Pintu neraka terbuka siap-siap tapi pintu syurga dibuka depan mata ahlinya. Nabi akan ketuk pintu syurga dan malaikat pun buka 8 pintu syurga. Gerbangnya luas 2 bulan perjalanan, tapi pada hari akhirat, gerbang itu akan jadi 'jammed.'

18. Lalu ahli syurga dihidangkan makanan yang lazat. Menu spesial; Lembu syurga golek, hati ikan paus. Pinggan daripada emas dan perak, itu pun boleh dimakan.

Malaikat akan bawa ahli syurga ke kampung halaman, masuk istana.

19. Bidadari menanti, kemudian bawa ahli syurga bersiar-siar ke taman. Di taman itu, ada mahligai daripada mutiara, ini untuk ahli syurga paling rendah.

20. Malaikat akan umumkan, "Kamu akan muda dan tak tua. Umur kamu 33 tahun, isteri kamu 17 tahun"

Tiada apa-apa lagi larangan. Hidup tiada mati.

Isteri akan menyanyi untuk suaminya. Merekalah yang tak pernah memarahi suami.bSetiap inci tubuh mereka akan menjadi nikmat bagi suami.

21. Antara nikmat dalam syurga dengar Nabi Daud baca kitab Zabur, Rasulullah baca Surah Toha, Allah baca surah ar Rahman.

22. Ahli syurga bertambah-tambah kacak semakin lama. Wajah berubah ikut kemahuan.

23. Burung yang terbang, niat di hati nak buat lauk, terus burung tu jatuh jadi siap masak.

24. Suatu hari, malaikat jemput ahli syurga jumpa Allah. Lalu Allah bertanya:

"Ada apa-apa lagi yang kamu nak minta?"

"Tiada apa-apa ya Allah."

"Tidakkah kamu tahu banyak lagi nikmat yang belum Aku beri. Mulai saat ini Aku redha kepada kamu."

Kemudian, Allah tambah lagi nikmat paling besar iaitu mempertontonkan wajahNya. Allah angkat 70 hijab daripada cahaya. Lalu terlihatlah wajah Allah dengan sangat jelas. Berpuluh-puluh tahun terpesona dan teruja sehingga isteri mengadu kepada Allah supaya kembalikan suami mereka ke pangkuan isteri.

Jika bukan kerana pimpinan malaikat, tentulah ahli syurga lupa jalan balik kerana lazatnya melihat wajah Allah.

Disqus Shortname

Comments system

 
Wadah Indah Blog Design by Ipietoon