Al-Fatihah. Semoga Arwah Dalam Lindungan Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Al-Fatihah
 

Semoga Roh Adik Ku Azmi Bin Aziz
Dicucuri Rahmat dan Ditempatkan Dalam Kalangan Hamba-Nya Yang Beramal Soleh.
Amin, amin, amin..
12 Julai 1987 hingga 26 Oktober 2016 (5.05pm)



Bicara Hati Persiapan Mati

Bicara Hati Mempersiapkan Diri Untuk Kematian
Perkongsian dari Prof. Dr. Wan Maseri Wan Mohd

Allahumma Ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil, maafi, ampuni segala dosa2 kami dan terimalah taubat kami. Ya Quddus ya Jalil, sucikan roh kami dari kotoran walau sezarahpun. Ya Baaqi ya quddus ya Jalil, kekalkan kami dlm kesucian roh sehingga nafas terakhir.

Allahumma ya Rahman ya Rahim ya Wahab ya Karim, bantulah kami utk membanyakkan solat, sedeqah, ziarah, berjihad, membaca kalamMu dari Al QuranMu, merenung kalamMu dari alam ciptaanMu.

Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy ya Matin ya Mukmin, kuatkan iman kami ketika diuji olehMu. Ya Ahad ya Wahid ya Somad, pasakkan pasak tauhid yg kukuh dlm jiwaku agar daku tetap bergantung hanya kpMu, tidak sedikitpun kp makhluqMu yg sgt lemah.

Allahumma Ya Rahman ya Rahim ya Waduud, seblm kami dimatikan olehMu, kami ingin merasa kasih, cinta dan rindu kpMu ya Allah agar dpt kami sentiasa merasa lazat bersunyi sunyian dgnMu dlm ibadah.

Allahumma Ya Baaqi ya Mukmin, kekalkan kami dlm iman sehingga akhir hayat, jgnlah Engkau cabut iman ini. Ya Baaqi ya Nuur ya Haadi ya Haq, kekalkan cahaya hidayah dlm hati kami sehingga akhir hayat, jgnlah Engkau padam cahaya hidayah kebenaran dlm hati kami. Ya Baaqi Ya Rahman ya Rahim ya Waduud, kekalkan cintaMu kp kami dan cinta kami kpMu sehingga akhir hayat kami, jgn lah Engkau palingkan wajahMu dari kami.

Penghayatan Asmaul Husna Untuk Para Ibu

 بسم الله الرحمن الرحيم 
 Perkongsian dari Prof. Dr. Wan Maseri Wan Mohd
 



Senario Anak-Anak dan Zikir Keluarga Melalui Penghayatan Asma Ul-Husna

بسم الله الرحمن الرحيم
 Perkongsian dari Prof. Dr. Wan Maseri Wan Mohd


Senario yg harus kita fahami.

SEKIRANYA IBUBAPA:-

1. TIDAK SOLAT
anak akan menjadi degil dan keras hati sbg hukuman Allah kpd ibubapa yg tidak solat.
Utk menangani masalah ni, ibubapa mesti solat, baru Allah akan beri hidayah Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq kpd anaknya

2. SOLAT tetapi menonton tv, mengumpat dan melakukan pelbagai dosa,
ujian anak ini adalah tarikan Allah kpd ibubapa agar ibubapa menyuci diri Ya Quddus Ya Jalil dan meninggalkan pkataan & pbuatan yg berdosa

3. SOLAT tetapi hatinya penuh cinta dunia, sibuk mencari duit, tak ada masa mencari ilmu akhirat,
ujian anak ini juga proses tarikan Allah kpd ibubapa agar menyeimbangkan Ya Muqsith kehidupan dunia dan akhirat.

4. di kalangan ORG2 SOLEH,
maka ujian ini merupakan kenaikan martabat dan kemuliaan yg Allah nak kurniakan, maka mereka harus menyerahkan anak kpd Allah Ya Waaliy Ya Wakil utk diurus dan ditadbir.

Setelah difahami senario diatas, mulakan langkah2 berikut:

1. Buat zikir penyucian, dan niat utk seluruh ahli keluarga.

2. Mulakan zikir Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq 100x selepas solat & baca bicarahati

'Ya Allah, pancarkan cahaya kebenaranMu kdlm hati seluruh ahli keluarga kami agar kami dpt mlihat kebenaran dan kebatilan, bimbinglah kami Ya Allah atas jln kebenaran dan lindungilah kami dr jln kebatilan'

3. Proses pertautan hati.
Setiap nasihat haruslah dgn hati yg penuh kasihsyg.
Kebencian akan menyebabkan anak lebih jauh dan lebih keras.

Amal zikir:
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rauf Ya Jami'&

DOA BICARA HATI:
'Ya Allah, pertautkan hati2 kami sekeluarga dgn kasihsygMu'

 4. Mohon ditundukkan anak kpd Allah.
Zikir Ya Qohhar Ya Latif Ya Malik 40x setiap kali slepas solat &

DOA BICARAHATI:
'Ya Allah, tundukkan anak2 kami kpd perintah2 dan hukum hakamMu,
lembutkan hati mrk yg keras dan
balik2kan hati mrk utk mengikut nasihat kami mnuju kjln kRedhoanMu Ya Allah'

YA BAARI' YA WAKIL kpdMu kami berserah
YA SAMI' YA MUJIB AAMIIN YA ROBBAL'ALAMIN

Sha Ramson Abdullah dan Pengalamanya

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuma nak berkongsi perkongsian sis Sha Ramson Abdullah tentang pengalamannya melihat dan bermain dengan makhluk halus semasa usianya masih kecil. Wallahu'alam.

Saya nak sharing sesuatu. Hanya Allah yang Maha Tahu. Saya hanya taip semula apa yang saya ingat masa saya kecik-kecik dulu...

Masa umo saya dalam lingkungan 3-4 tahun, saya ada nampak banyak makhluk lain, bukan manusia. Ada makhluk besar, yang kecik, yang kurus, ada yang gemuk, yang buncit, yang tinggi, pendek, ada yang warna hijau, ada yang warna merah, warna biru, hitam, coklat, semuanya BERTANDUK, BEREKOR, MATA MERAH, ada urat hijau berselirat dalam biji mata mereka. Semuanya berkeliaran dalam rumah masa kami sekeluarga duduk di Kuarters Kesihatan Jasin, Melaka.

Masa tu saya kecik lagi, so saya tak tahu apa nama makluk tu. Ada jantan, ada betina. Saya beritahu arwah Mak saya. Mak pula yang takut. Tapi Mak percaya apa yang saya cakap. Iyelah, masa tu saya umo baru 3-4 tahun. Budak lagi. Takde dosa hehe!

Saya ingat lagi sampai sekarang rupa makhluk makhluk tu. Mungkin mereka itu golongan jin. Banyak sangat. Ada anak jin jantan yg bermain-main dengan saya di tepi hujung katil. Saya pun seronok main dengan dia, sebab masa itu saya budak-budak lagi, saya tak tahulah itu jin dan memang sifat budak-budak suka bermain. Dia ajak main, saya pun mainlah. Kalau ditanya bagaimana saya berkomunikasi dengan jin, cakap bahasa apa... saya pun tak tahu. Sebab saya kecik lagi masa tu. Yang pasti saya faham pula bahasa dia. Masa main-main itulah Arwah Mak saya perasan yang saya macam sedang bercakap dengan seseorang, siap bergelak ketawa lagi. Mak saya risau.

Arwah Mak datang dekat saya. Mak tanya saya nampak apa? Cakap dengan siapa? Gelak-gelak dengan siapa? Saya tunjuklah sambil cakap : "Tuuu... Tuuuu.... Mak tak nampak ke?" kata saya sambil menunjuk semua makhluk-makhluk disekeliling saya.

Arwah Mak saya pun pandanglah apa yang saya tunjuk. Makhluk-makhluk tu semua buat bodoh je. Buat tak tahu. Ada yang tengah berjalan, ada yang nak masuk pintu rumah kami tapi tak muat sebab dia tinggi (nak tunduk pun dia tak reti. Hat ni saya ketawa sambil tunjuk kat Mak sebab kelakar sangat tengok makhluk tu tak reti nak tundukkan kepala nak masuk rumah kami), ada yang tengah bersembang-sembang sesama diorang, ada yang tengah korek hidung, ada yang tengah korek telinga, ada yang tengah bergayut kat kipas, ada yang tengah melekat dekat siling rumah, ada yang tengah makan, melompat-lompat atas meja makan, ada yang tengah minum, ada yang berlari-lari. Kelakuan makhluk-makhluk itulah yang buat saya ketawa kuat masa tu. Tapi rupanya saya seorang je yang ketawa. Famili saya semua dah takut haha!

Masa tu, kat rumah kami ada Ayat Kursi yang diukir dijadikan frame besar, gantung dekat dinding rumah. Makhluk-makhluk tu tak takut pun dengan ayat-ayat Quran. Lagi diorang duduk bertenggek atas frame Ayat Kursi tu ada lah. Allah sendiri perlihatkan pada saya, ada makhluk kurus dan berperut buncit kepala botak warna hijau duduk bertenggek atas frame Ayat Kursi tu. Kelakar wei rupa dia. Tak hensem pun. Kalau Allah perlihatkan dekat korang rupa diorang ni, mesti ramai yang terkejut, sebab diorang nampak hodoh, menyeramkan, rasa nak pengsan semua ada. Diorang ni macam tak tahu apa-apa. Takde perasaan.

Abah dan arwah Mak lah yang bersusah-payah cari penawar untuk saya supaya saya tak nampak benda-benda macam tu lagi haha! Sifat orang tua ni memang macam tu. Diorang punya risau tahap dewa hehe! Diorang bawa saya pergi berubat sampai ke Johor. Tak ingat Johor tu dekat mana sebab masa tu saya kecik lagi. Sifat budak-budak ni dia tak tahu nama tempat, tapi dia mudah ingat peristiwa. So sejak itu, saya dah tak nampak apa-apa makhluk dengan izin Allah.

Allah Maha Tahu.
Allah tahu kot kalau saya nampak lagi makhluk-makhluk tu, saya pengsan agaknya :D

Anyway... Apa yang saya nak sharing disini bukan cerita bagaimana rupa makhluk Allah ini semata-mata cuma ketahuilah bahawa :

1) bukan kita saja yang duduk dalam dunia ini tapi ada makhluk lain. Mereka di alam lain tapi nampak macam duduk dalam dunia kita. Sebab tu diorang suka hati je nak bergayut atas kipas ke, bertenggek atas Ayat Quran ke, pijak-pijak makanan atas meja makanan kita ke... sebab bagi diorang dunia kita ini adalah permainan bagi diorang. Allah pun cakap dalam Quran "Innamal hayatud dunya la'ibuw" kehidupan dunia hanyalah ibarat permainan...

2. Kita tak nampak mereka tapi mereka nampak kita. Sebab itulah kita wajib baca doa sebelum makan dan minum. Kalau tak baca doa makan, diorang pun makan sekali dengan kita. Sebelum kita baca doa makan lagi diorang dah duduk bertenggek pada pinggan, mangkuk, sudu, garfu, cawan minuman yang kita nak suakan ke mulut kita. Bayangkan sekecil-kecil sudu garfu itu pun diorang boleh duduk bertenggek nak tumpang makan dengan kita, apatah lagi pada pinggan nasi korang? Bukan seekor dua pula tu yang menunggu nak makan sekali dengan kita tapi berpuluh-puluh ekor! So, wajib baca doa sebelum dan selepas makan.

3. Islam suruh kita tutup makanan yang terdedah dan makanan yang terbiar sebab makhluk lain boleh makan makanan kita yang terdedah dan terbiar tu. Cara mereka makan makanan yang terbiar dan terdedah adalah dengan menghidu makanan tersebut. Sebab itulah makanan yang terdedah itu cepat rosak dan basi. Makhluk ini tak tahu apa itu  meja tempat letak makanan. Mereka hanya tahu makanan sahaja. Sebab itulah mereka pijak-pijak & melompat-lompat atas meja makan. Paling sadis, makhluk ini main langkah-langkah dan mencangkung pada makanan yang terdedah & terbiar itu. Paling hardcore... tak mustahil makhluk-makhluk ni boleh berak, kencing pada makanan yang terdedah dan terbiar tu.

4. Kita tak nampak makhluk lain, jangan ingat mereka takde disekeliling kita. Sebab itulah Islam suruh kita mandi jangan tanpa seurat benang sekalipun. Paling kurang pun, mandilah pakai seluar dalam. Awak tahu kenapa saya cakap macam ni? Sebab bila kita mandi tak pakai apa-apa, dia pun main air dengan kita sambil ketawa-ketawa tengok badan kita. Scary wei kalau tiba-tiba kita dah besar ni nampak ada makhluk lain muncul depan kita main air dalam toilet dengan kita... Dah lah bilik air tu rumah syaitan. Haaa ini pengalaman saya masa kecik-kecik dulu dok main dengan anak jin sampai time mandi kahkah!

5. Makhluk-makhluk ni sentiasa ada disekeliling kita cuma kita yang tak nampak. So kalau tidur tu, kalau boleh jangan tidur bogel. Tak kisahlah awak tu lelaki ke perempuan sebab diorang ni makhluk yang bernafsu jugak macam manusia. Malam-malam kita tidur bogel, tak mustahil makhluk-makhluk ini yang akan belai-belai setiap inci badan kita, cuma kita je yang tak sedar, tak rasa, tapi diorang puas. So sebelum tidur, jangan lupa ambil wudhuk, baca doa sebelum tidur, amalkan surah-surah lazim. Insya'Allah Allah jaga kita.

6. Jangan mensyirikkan Allah. Jangan percayai ayat-ayat suci yang dijadikan frame sebagai alat untuk menghalau jin atau kuasa jahat. Frame ayat suci itu hanya makhluk. Makhluk tiada kuasa melainkan Allah yang Maha Berkuasa. Kita wajib percaya pada Allah, wajib beriman pada Allah. Ayat Al-Quran itu hanya asbab, bukan untuk disyirikkan dengan percaya ia dapat menghalang kuasa jahat.

7. Ibubapa tolong perhatikan anak-anak anda. Jangan kerap membiarkan anak-anak bermain seorang diri. Makhluk-makhluk macam ni mudah dibuat teman. Anak-anak mudah berdamping dengan golongan mereka. Walaupun anak tunggal, wajib berikan perhatian sepenuhnya. Makhluk-makhluk begini suka pada kanak-kanak dan mudah memperdayakan mereka. Paling membimbangkan, makhluk-makhluk ini kalau dah suka anak-anak kita, tak mustahil dia bawa lari, sorokkan ke dunia dia.

8. Sebab kita tak nampak makhluk-makhluk ini, maka suami isteri kena berjaga-jaga. Baca doa sebelum dan selepas bersama suami isteri. Ini penting. Tak ramai pasangan Islam yang ambil berat. So perbanyakkan ilmu agama, belajar tambah ilmu. Islam ini agama yang sangat menjaga kita.

Alhamdulillah. Terima kaseh, Allah. Kalau Allah tak bagi saya peluang nampak benda-benda macam ni masa kecik-kecik dulu, tak ada lah penyampaian ini. Sesungguhnya Allah jadikan sesuatu kejadian itu bukanlah dengan sia-sia, tapi untuk kita belajar, tahu, kenal dan diambil pengajaran.

Sila SHARE supaya lebih ramai yang peka dan mendapat manfaat.

Bisikan Hati - Pergantungan Ya Hayyu Ya Qayyum

 Perkongsian dari Prof. Dr. Wan Maseri Wan Mohd

PENGANTUNGAN YA HAYYU YA QAYYUM

Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya kepada Allah.

Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah.

Ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikanlah dirimu bahagia dengan Allah.

Dan ketika orang lain pergi menghadap raja/pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikan dirimu benar-benar mencintai Allah.

Sesungguhnya dalam hati ada satu koyakan yang tidak dapat dijahit melainkan tatkala bertemu Allah.

Di hati juga ada satu kesunyian yang tidak dapat diubati melainkan bersendirian bersama Allah.

Di hati ada satu kesedihan yang tidak mampu dihapuskan kecuali dengan mengenali Allah.

Di hati ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kita berjalan menuju kepada Allah.

Di hati juga ada gejolak amarah yang hanya dapat dipadamkan dengan redho kepada Allah.

Semoga hidup kita dipenuhi keberkatan. Semoga Allah dekatkan kita dengan orang-orang yang mencintai Allah dan RasulNya.

Amalkan zikir:
Ya Hayyu Ya Qayyum
"Ya Allah yg Maha Hidup & Maha Bdiri dgn Sendiri. Engkau mtadbirkan dunia & seluruh isi buana ini dgn sendiri & tanpa bantuan ssiapapun.

Ya Allah kurniakan kpd kami sifat berdikari agar kami dpt mjlnkan tggungjawab sbg HambaMu & KhalifahMu dmuka bumi ini dgn bgantung hanya kpdMu  & tanpa bgantung & myusahkan org lain"

Ya Baari' Ya Wakil, hanya kpdMu kami berserah
Ya Sami' Ya Mujib Aamiin Ya Robbal'Alamin"

Disqus Shortname

Comments system

 
Wadah Indah Blog Design by Ipietoon